Wednesday, April 13, 2011

PRODUCT SHOOT...



Gambar pruduk ini diambil menggunakan kemera jenis nikon D80 dengan lens 35mm 1:1.8 G. Gambar ini diambil di dalam studio, memperlihatkan botol minuman, gelas dan sebiji buah epal. Gambar ini adalah berbentuk potrait. Menggunakan   f  / 4.5  1/ 160 dan ISO 100.



Gambar gelas diambil menggunakan kemera dan lens yang sama iaitu D80 dengan lens 35mm 1:1.8 G. Menggunakan  f  / 6.3  1/ 160 dan ISO 100. Kelihatan bayang-bayang dan cahaya amat jelas.



Gambar ke-3 ini adalah gambar buah-buahan yang diletakkan pada pinggan. Sebiji epal merah diletakkan di tengah-tengah epal yang berwarna hijau bagi menunjukkan penegasan. Epal merah tersebut adalah fokus pada gambar ini. Menggunakan   / 4.0  1/ 125 dan ISO 100.



Gambar sebiji epal dah separuh epal diletakan secara dekat, namun fokus adalah epal yang berada di depan kerana ianya lebih jelas. Sudut ini diambil adalah untuk menunjukkan kedudukan epal tersebut mempengaruhi bayang- bayang pada buah epal dan keadaan dalaman buah tersebut. Menggunakan   / 4.0  1/160 dan ISO yang digunakan ialah ISO 100, kerana sesuai dengan keadaan cahaya yang ada.



Gambar grey ini adalah hasil daripada edit menggunakan software Adobe Photoshop. Gambar ini sengaja diedit bagi menunjukkan kelainanan pada gambar yang lain. Walaupun telah diedit namun gambar masih kelihatan jelas pada fokusnya,iaitu gambar buah epal yang berada di belakang. Teknik ini digunakan bagi menunjukkan walaupun fokus ialah belakang namun ianya masih lagi jelas. Menggunakan  f / 3.2  1/200 dan ISO 100.



Gambar ini diambil secara simetri. Fokus pada sebiji epal ini menunjukkan molekul-molekul titisan air yang jelas kelihatan. Menggunakan kamera dan lens yang sama, kejelasan gambar juga diukur dengan keadaan cahaya pada kawasan tersebut. Menggunakan  f  / 4.0  1/ 160 dan ISO 100.



Gambar produk kamera canon ini juaga diambil menggunakan kamera jenis nikon D80 namun ianya telah diedit sedikit dengan teknik Tilt Shift. Menggunakan  f / 3.5  1/ 125 dan ISO 100. Gambar hanya di fokuskan pada bahagian tertentu pada objek agar kelihatan lebih jelas.


No comments:

Post a Comment