Wednesday, April 13, 2011

PRODUCT SHOOT...



Gambar pruduk ini diambil menggunakan kemera jenis nikon D80 dengan lens 35mm 1:1.8 G. Gambar ini diambil di dalam studio, memperlihatkan botol minuman, gelas dan sebiji buah epal. Gambar ini adalah berbentuk potrait. Menggunakan   f  / 4.5  1/ 160 dan ISO 100.



Gambar gelas diambil menggunakan kemera dan lens yang sama iaitu D80 dengan lens 35mm 1:1.8 G. Menggunakan  f  / 6.3  1/ 160 dan ISO 100. Kelihatan bayang-bayang dan cahaya amat jelas.



Gambar ke-3 ini adalah gambar buah-buahan yang diletakkan pada pinggan. Sebiji epal merah diletakkan di tengah-tengah epal yang berwarna hijau bagi menunjukkan penegasan. Epal merah tersebut adalah fokus pada gambar ini. Menggunakan   / 4.0  1/ 125 dan ISO 100.



Gambar sebiji epal dah separuh epal diletakan secara dekat, namun fokus adalah epal yang berada di depan kerana ianya lebih jelas. Sudut ini diambil adalah untuk menunjukkan kedudukan epal tersebut mempengaruhi bayang- bayang pada buah epal dan keadaan dalaman buah tersebut. Menggunakan   / 4.0  1/160 dan ISO yang digunakan ialah ISO 100, kerana sesuai dengan keadaan cahaya yang ada.



Gambar grey ini adalah hasil daripada edit menggunakan software Adobe Photoshop. Gambar ini sengaja diedit bagi menunjukkan kelainanan pada gambar yang lain. Walaupun telah diedit namun gambar masih kelihatan jelas pada fokusnya,iaitu gambar buah epal yang berada di belakang. Teknik ini digunakan bagi menunjukkan walaupun fokus ialah belakang namun ianya masih lagi jelas. Menggunakan  f / 3.2  1/200 dan ISO 100.



Gambar ini diambil secara simetri. Fokus pada sebiji epal ini menunjukkan molekul-molekul titisan air yang jelas kelihatan. Menggunakan kamera dan lens yang sama, kejelasan gambar juga diukur dengan keadaan cahaya pada kawasan tersebut. Menggunakan  f  / 4.0  1/ 160 dan ISO 100.



Gambar produk kamera canon ini juaga diambil menggunakan kamera jenis nikon D80 namun ianya telah diedit sedikit dengan teknik Tilt Shift. Menggunakan  f / 3.5  1/ 125 dan ISO 100. Gambar hanya di fokuskan pada bahagian tertentu pada objek agar kelihatan lebih jelas.


ANAH RAIS FOTO SHOOT..


Gambar diambil semasa lawatan ke Anah Rais Home Stay. Merupakan gambar yang telah diedit. Figura seorang wanita tua yang berjalan menggunakan tongkat.



Gambar asal, seorang wanita tua berjalan menggunakan tongkat. Gambar ini diambil menggunakan kamera jenis nikon D3000 dan lens yang digunakan adalah lens dari jenis 18-55mm. Menggunakan  f / 5.6  1/50 dan ISO 100. Wajah nenek tua yang kelihatan murung dan seakan-akan sedang memikirkan sesuatu, gambar ini diambil secara spontan ketika ia sedang berjalan.



Seorang lelaki tua yang dimana gambar yang diambil menampakkan garis-garis kedut yang kelihatan. Wajah ini adalah ekspresi spontan yang diambil semasa lawatan ke Anah Rais. Menggunakan kamera jenis nikon D3000 dan juga lens yang sama. Gambar ini diambil dengan  f  / 5.6  1/20 dan ISO 400.


Gambar sebuah rumah lama. Walaupun rumah ini telah lama namun masih lagi kukuh,walau bagaimanapun ianya tidak digunakan lagi dan kini dijadikan muzium bagi pengunjung untuk tatapan. Menggunakan  f / 5.6  1/200 dan ISO 100.


Sungai yang terdapat di kawasan sekitar kawasan Home Stay Anah Rais. Keindahan sungai masih lagi terjaga dan ianya amat sesuai untuk pengunjung beriadah sekitar kawasan ini. Gambar diambil menggunakan  f  / 22.0  0.3 dan ISO 200


Lumut yang terdapat pada lantai sekitar laluan Rumah Panjang. Gambar ini diambil menggunakan   / 5.6  1/ 15 dan ISO adalah 100. Walaupun kelihatan usang dan uzur, namun lantai tersebut masih lagi utuh.
\


Gambar ini adalah merupakan telur-telur semut yang terdapat pada sebatang buluh. Gambar ini diambil dalam pukul 10 am. Menggunakan  f  / 5.6  1/125  dan ISO yang digunakan adalah 100.

HIGH DEFINITION RESOLUTION ( HDR ) AFTER..

Gambar 1 ini merupakan gambar yang sama namun telah diedit. Merupakan gambar HDR. Selepas diedit warna basikal dan warna sekitarnya berubah. Kelihatan basikal lebih kelihatan usang dengan lumut-lumut pada besi semakin kelihatan, begtu juga warna benda lain yang terdapat pada gmbar ini.


Gambar 2 juga merupakan gambar HDR namun agak sedikit berbeza, terutama pada awan yang kelihatan lebih menyerlah berbanding gambar 1 di atas. Warna basikal juga berbeza. ianya agak kurang terang berbanding gambar 1.

HIGH DEFINITION RESOLUTION ( HDR ) BEFORE..




Sebuah basikal lama dan usang tersadai di tepi sebatang tiang. Menggunakan  f  /5.6  1/125 dan ISO 100. Gambar ini diambil semasa lawatan ke Anah Rais. Merupakan sebuah gambar normal resolution. Menggunakan kamera jenis nikon D3000 lens yang digunakan adalah 18- 55 mm




Dengan masih menggunakan kamera yang sama dan jenis lens yang sama, Gambar ini merupakan gambar low resolution yang telah diedit menggunakan adobe photoshop. Menggunakan   / 5.6  1/125 dan ISO 100.


Gambar high resolution yang telah diedit. Menggunakan  f / 5.6  1 / 125 dan ISO 100  

MODEL SHOOT ( OUTDOOR )


Model shoot ketika outdoor, diambil di kawasan Taman Orkid. Menggunakan  f /1.8  1/640 dan ISO adalah   100. Konsep adalah santai. Gambar diambil waktu petang. Kamera yang digunakan adalah nikon D80 lens 35mm 1:1.8 G.



Gambar ke-2 adalah gambar penuh.Menggunakan  f / 1.8  1/1000 dan ISO 100. Konsep yang diambil adalah santai. Gambar ini diambil ketika petang menggunakan kamera jenis nikon D80 dengan lens yang digunakan adalah dari jenis 35mm 1:1.8 G.
  

Model dengan rilek dan santai duduk disebuah kerusi seakan-akan memerhatikan sesuatu. Gambar ini menggunakan  f /1.8  1/ 800 dan ISO adalah 100. Masih menggunakan kamera yang sama dan lens yang sama.

Gambar ke 4 juga masih menggunakan kamera jenis nikon D80 dan lens yang sama. Gambar diambil menunjukkan model kelihatan fokus. Menggunakan  f  / 1.8  1/640 dan ISO adalah 100.

MODEL SHOOT ( INDOOR )

Gambar model diambil di dalam studio fotogafi, menggunakan kamera jenis nikon D80 dengan lens 35mm 1:1.8 G. Teknik yang digunakan adalah  front light. Menggunakan  f  / 1.8  1/125 dan ISO yang digunakan adalah 125. Konsep adalah santai.


Gambar kedua ini juga menggunakan kamera jenis nikon D80 lens 35mm 1:1.8 G. Teknik yang digunakan adalah side light. Menggunakan  f  / 1.8  1/120 dan ISO 100. Mood model dlm gambar ini adalah ceria dan bertenaga. Sesuai dengan gaya model yang sentiasa tersenyum.


Gambar ini juga menggunakan teknik side light. Menggunakan  f  / 1.8  1/200 dan ISO 100. Model ketika ini kelihatan duduk seakan-akan memandang sesuatu. Masih menggunakan kamera jenis nikon dan lens yang sama.

Gambar ke 4 adalah gambar yang menggunakan teknik butterfly light. Menggunakan kamera jenis nikon dan lens yang sama. Ketika ini gambar yang diambil mempunyai bayang-bayang yang kelihatan bawah hidung model yang seakan-akan berbentuk seperti rama-rama, cahaya yang diambil dari sebelah atas menampakkan bayang- bayang tersebut kelihatan. Menggunakan   / 1.8  1/320 dan ISO adalah 100.


Gamabar ini menggunakan teknik rembrant light. Menggunakan f / 1.8  1/125 dan ISO 100. Rembrant light adalah teknik dimana bayang-bayang yang kelihatan pada wajah model adalah berbentuk segi tiga. Model yang sedang duduk kelihatan santai.