Gambar diambil semasa lawatan ke Anah Rais Home Stay. Merupakan gambar yang telah diedit. Figura seorang wanita tua yang berjalan menggunakan tongkat.
Gambar asal, seorang wanita tua berjalan menggunakan tongkat. Gambar ini diambil menggunakan kamera jenis nikon D3000 dan lens yang digunakan adalah lens dari jenis 18-55mm. Menggunakan f / 5.6 1/50 dan ISO 100. Wajah nenek tua yang kelihatan murung dan seakan-akan sedang memikirkan sesuatu, gambar ini diambil secara spontan ketika ia sedang berjalan.
Seorang lelaki tua yang dimana gambar yang diambil menampakkan garis-garis kedut yang kelihatan. Wajah ini adalah ekspresi spontan yang diambil semasa lawatan ke Anah Rais. Menggunakan kamera jenis nikon D3000 dan juga lens yang sama. Gambar ini diambil dengan f / 5.6 1/20 dan ISO 400.
Gambar sebuah rumah lama. Walaupun rumah ini telah lama namun masih lagi kukuh,walau bagaimanapun ianya tidak digunakan lagi dan kini dijadikan muzium bagi pengunjung untuk tatapan. Menggunakan f / 5.6 1/200 dan ISO 100.
Sungai yang terdapat di kawasan sekitar kawasan Home Stay Anah Rais. Keindahan sungai masih lagi terjaga dan ianya amat sesuai untuk pengunjung beriadah sekitar kawasan ini. Gambar diambil menggunakan f / 22.0 0.3 dan ISO 200
Lumut yang terdapat pada lantai sekitar laluan Rumah Panjang. Gambar ini diambil menggunakan f / 5.6 1/ 15 dan ISO adalah 100. Walaupun kelihatan usang dan uzur, namun lantai tersebut masih lagi utuh.
\
Gambar ini adalah merupakan telur-telur semut yang terdapat pada sebatang buluh. Gambar ini diambil dalam pukul 10 am. Menggunakan f / 5.6 1/125 dan ISO yang digunakan adalah 100.
No comments:
Post a Comment